KUALA LUMPUR, 10 September – Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) meluluskan pindaan Perlembagaan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk menukar nama rasmi badan induk sepak takraw itu kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia.
Setiausaha Agung PSM Datuk Abidullah Salleh dalam kenyataan memaklumkan, perubahan nama tersebut berkuat kuasa serta-merta selepas kelulusan PJS.
Begitupun nama singkatan PSM dan logo rasmi akan dikekalkan.
Langkah penjenamaan semula itu adalah selari dengan usaha PSM untuk memperkukuh pentadbiran, meningkatkan profesionalisme dan memperluas pengaruh sukan tradisi itu di peringkat global.
