HONG KONG, 10 September – Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencipta kejutan pada Terbuka Hong Kong 2025 selepas menewaskan rakan senegara, Lee Zii Jia, untuk mara ke pusingan kedua.
Pemain ranking ke-23 dunia itu mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-16, sekali gus menamatkan rekod tiga kekalahan di tangan juara All England 2021 berkenaan.
Pada perlawanan tersebut, Zii Jia yang menghuni ranking ke-47 dunia, cuba bangkit dengan corak permainan agresif, namun gagal konsisten apabila banyak hantarannya tersasar keluar gelanggang.
Situasi tersebut dimanfaatkan sepenuhnya Jun Hao dalam kedua-dua aksi.
Di pusingan kedua, pemain berusia 26 tahun itu dijadual menentang seorang lagi wakil negara, Justin Hoh.
