fb fb fb fb fb

England belasah Serbia

Foto AFP

BELGRAD, 10 September – England melakar kemenangan bergaya 5-0 ke atas Serbia dalam aksi kelayakan Kumpulan K Piala Dunia 2026.

Kane membuka tirai jaringan menerusi tandukan dari sepakan sudut Declan Rice pada minit ke-33, diikuti Noni Madueke tiga minit kemudian, selepas menerima lorongan bijak Morgan Rogers untuk menjadikan kedudukan 2-0 menjelang rehat.

Babak kedua menyaksikan dominasi berterusan pasukan pelawat apabila Ezri Konsa mencatat gol pertamanya untuk England dengan penyudah jarak dekat yang disahkan selepas semakan VAR.

Keadaan menjadi lebih parah buat Serbia apabila Nikola Milenkovic dilayangkan kad merah pada minit ke-73 kerana mengasari Kane.

Marc Guehi turut mencatat nama sebagai penjaring sulung bersama skuad kebangsaan apabila menyudahkan sepakan percuma Rice menjadi gol keempat.

Marcus Rashford melengkapkan malam cemerlang England dengan penalti lewat permainan selepas Ollie Watkins dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kemenangan itu menyaksikan England mengekalkan rekod sempurna dengan 15 mata maksimum daripada lima perlawanan, mendahului kumpulan dengan tujuh mata di depan Albania.

Serbia, yang tewas buat kali pertama dalam kumpulan, di tempat ketiga dengan tujuh mata.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN