fb fb fb fb fb

Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara

Hannah Yeoh ditemui media pada pelancaran Program Senaman Warga Emas 2024 di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas

KLANG, 23 Jun- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal memperluaskan Program Senaman Warga Emas 2024 ke 120 lokasi seluruh negara bagi terus membudayakan amalan hidup aktif dalam kalangan warga emas.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata peluasan program rintis yang dimulakan sejak Mei lepas itu akan dilakukan menerusi dua fasa penganjuran melibatkan 50 lokasi pada fasa pertama dan 70 lokasi pada fasa kedua.

“Terdapat enam siri aktiviti kecergasan antaranya senamrobik, chair robic, berjalan kaki, tarian, taici dan yoga bagi setiap lokasi dan aktiviti dianjurkan secara percuma pada hujung minggu,”

Pihaknya menyasarkan 21,000 warga emas menyertai program itu pada penganjuran tahun ini.

Menurutnya program itu merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) susulan daripada dapatan Sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) Berkaitan Pembudayaan Sukan dalam Kalangan Warga Emas yang diadakan pada 8 Feb lalu.

Program itu juga dapat meningkatkan kesedaran khususnya kepada ahli keluarga dan penjaga bagi mendorong warga emas untuk terus bersukan dan mengamalkan gaya hidup aktif.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan boleh menghubungi JBSN menerusi talian 03-88713102 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE