fb fb fb fb fb

Gabung dua lebuh raya, IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 lakar sejarah baharu

Majlis memperkenalkan penaja dan sidang media IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 edisi keenam bakal mencipta sejarah baharu maraton negara apabila mengabungkan dua lebuh raya buat pertama kalinya yang akan diadakan pada 8 September nanti.

Acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge itu melibatkan dua lebuh raya iaitu Besraya Highway serta NPE Highway.

Penganjurannya sejak 2017, acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan rakyat negara ini saban tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corporation Berhad, Lee Chun Fai berkata, IJM Allianz Duo Highway Challenge telah menjadi satu platform untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan menyasarkan 10,000 peserta untuk tahun ini.

Tambahnya, gabungan dua lebuhraya itu bakal memberikan cabaran larian sejauh 42 kilometer.

Dianggarkan sebanyak 80 peratus daripada jumlah peserta terdiri daripada pelari Malaysia dan baki 20 peratus pelari antarabangsa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE