fb fb fb fb fb

Program Rakan Muda lebih inklusif, 16 sekretariat SRM IPT terima peruntukan KBS

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

PUTRAJAYA, 30 Julai - 16 Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (SRM IPT) menerima peruntukan sebanyak RM280,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk  fasa pertama bagi membantu IPT sebagai agen dalam melaksanakan program rakan muda yang lebih inklusif kepada belia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata program diadakan tidak semestinya berbentuk fizikal tetapi boleh menggunakan platform digital bagi memastikan capaian kumpulan sasar yang lebih meluas.

Katanya, sebanyak 59 lagi permohonan daripada 23 SRM IPT bernilai RM1.18 juta sedang diproses untuk fasa kedua.

"Kita akan minta bajet yang lebih besar pada tahun hadapan berdasarkan kejayaan program-program ini, jadi kita akan pantau. Saya bagi contoh, kalau universiti A dia pergi ke kawasan B untuk buat program perkhemahan, mungkin mereka boleh cari idea," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Dana SRM IPT, di sini

Ketika ini, terdapat 84 SRM IPT berdaftar sebagai sekretariat khusus bertujuan melaksanakan program aktiviti Rakan Muda.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN