fb fb fb fb fb

Prestasi buruk Marseille berterusan, De Zerbi di ambang pemecatan

Pengurus kelab Olympique de Marseille, Roberto De Zerbi /Foto REUTERS

MARSEILLE, 9 November-Pengurus kelab Olympique de Marseille, Roberto De Zerbi kini berada di ambang pemecatan selepas pasukan tersebut tewas di laman sendiri buat kali ketiga kepada AJ Auxerre 3-1.

Marseille kini berada di tangga kedua liga Perancis, namun hanya memenangi satu perlawanan daripada lima perlawanan setakat ini.

Pasukan itu tewas dalam dua perlawanan sebelum ini dan bolos tiga gol dalam perlawanan berkenaan.

"Sekiranya saya merupakan masalah utama kepada pasukan, saya bersedia untuk pergi.

"Saya serahkan kembali gaji dan kembalikan kepada saya kontrak yang ditandatangani", jelas De Zerbi yang dilantik mengemudi pasukan berkenaan pada Jun lalu.

"Saya datang ke kelab ini untuk bermain. Namun saya gagal membuatkan para pemain memberikan prestasi seperti yang saya lihat ketika latihan pada perlawanan sebenar.

"Jadi, ini merupakan kegagalan dan saya bersedia mengambil tanggungjawab", katanya kepada pemberita di sini.

Marseille bakal menentang RC Lens yang kini menduduki tangga kelapan liga pada 23 November depan.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD