RIYADH, 9 November - Pemain tenis Amerika Syarikat, Coco Gauff mencatat kemenangan 7-6 (4), 6-3 ke atas pilihan utama dari Belarus, Aryna Sabalenka pada separuh akhir, Pusingan Akhir WTA.
Pilihan ketiga kejohanan itu akan berdepan pemain China, Zheng Qinwen di perlawanan akhir di Riyadh, Arab Saudi.
Pemain berusia 20 tahun itu menewaskan Sabalenka dalam perlawanan selama 1 jam 49 minit.
Kemenangan berkenaan menjadikannya pemain termuda yang mara ke perlawanan akhir di Pusingan Akhir WTA sejak Caroline Wozniacki dari Denmark melakukannya pada 2010.
Terdahulu, pilihan ketujuh Zheng mengatasi Barbora Krejcikova dari Czech 6-3 dan 7-5 untuk mara ke perlawanan akhir. - REUTERS