fb fb fb fb fb

Presiden Barcelona didakwa atas salah laku rasuah

FOTO AFP

BARCELONA, 18 Oktober- Presiden Barcelona, Joan Laporta telah didakwa atas salah laku rasuah membayar pengadil.

Menurut Mahkamah Sepanyol pada Rabu, kelab Barcelona dan dua bekas presidennya, Josep Maria Bartomeu dan Sandro Rosell serta bekas ketua badan pengadil Sepanyol, Jose Maria Enriquez Negreira dan anaknya turut didakwa.

Dakwaan itu menjelaskan bahawa ia membabitkan tempoh awal kariernya sebagai presiden Barcelona dari 2003 hingga 2010.

Dalam laporan yang diterbitkan pada Rabu, hakim yang mengetuai siasatan itu berkata Laporta tidak boleh mendapat manfaat daripada statut pengehadan kerana tuduhan serius itu.

Negreira didakwa memperoleh lebih tujuh juta euro ($7.5 juta) daripada Barcelona antara 2001 dan 2018, melalui syarikat yang kononnya menghasilkan laporan pengadil untuk kelab itu.

Barcelona, juara Sepanyol 27 kali telah menentang tuduhan selama berbulan-bulan dan menafikan sebarang salah laku.- AFP

rtm
(FOTO AFP)

Media Baharu