fb fb fb fb fb

El-Ghazi digantung Mainz gara-gara status pro-Palestin

BERLIN, 18 Oktober - Pemain bola sepak Belanda Anwar El-Ghazi digantung oleh kelabnya Mainz, kerana membuat hantaran di media sosial mengenai konflik Israel-Hamas.

Kelab Bundesliga Jerman itu menyifatkan tindakan El-Ghazi "tidak boleh diterima kelab" serta tidak "sejajar dengan nilai-nilai kelab".

Memetik laporan Al Jazeera, pemain bola sepak itu memuat naik ayat berbunyi 'Palestine will be free' (Palestin akan bebas).

Bagaimanapun, bekas pemain sayap Aston Villa, El Ghazi sudah memadam hantaran itu.

rtm
Pemain bola sepak Belanda Anwar El-Ghazi)

El-Ghazi, yang berasal dari Maghribi mewakili Belanda dua kali, menandatangani untuk Mainz pada akhir September.

El-Ghazi sebelum ini telah bermain untuk gergasi Belanda PSV Eindhoven dan Ajax, serta kelab Liga Perdana Aston Villa dan Everton.

Rakyat Palestin di Jerman, serta penyokong turut menerima sekatan dan tidak membenarkan mereka yang pro-Palestin untuk mengecam tindakan Israel dan membuat protes di negara itu.

"Mainz menghormati terdapat perspektif berbeza mengenai konflik Timur Tengah yang berlaku selama beberapa dekad," kata kelab itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.

Media Baharu