fb fb fb fb fb

Piala Malaysia: Kawalan keselamatan di Stadium Perak diperketat

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kawalan keselamatan di Stadium Perak di Ipoh akan diperketat bagi memastikan tiada insiden luar jangka tercetus ketika aksi saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlangsung esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, lebih 300 anggota polis membantu mengawal dan memantau bagi memastikan keadaan keselamatan penyokong kedua-dua pasukan terjamin.

Beliau berharap, perlawanan kali ini berlangsung aman dan penyokong dinasihat menjaga tingkah laku, selain mengutamakan semangat kesukanan.

Sebelum ini, beberapa kali pertemuan di venue berkenaan menyaksikan pergaduhan tercetus antara penyokong kedua-dua pasukan.

Susulan itu, hanya 25,000 tiket dibuka untuk jualan selepas dikurangkan daripada 28,000 kapasiti atas faktor keselamatan penonton.

Mengulas mengenai pertembungan kedua-dua pasukan, Bobie Farid berkata, walaupun dianggap underdog, barisan pemain The Bos Gaurus akan berjuang habis-habisan untuk melakar kejutan ke atas JDT.

rtm
(FOTO FAIL)

Media Baharu