fb fb fb fb fb

PREPMA kenal pasti atlet pelapis, serah senarai nama kepada MSN selepas Tahun Baharu Cina

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 15 Januari-Persatuan Renang Para Malaysia (Prepma) telah mengenalpasti beberapa atlet pelapis yang dilihat mampu menjadi pengganti perenang senior, Jamery Siga.

Presiden Persatuan Renang Para Malaysia (PREMA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin berkata, senarai tersebut akan dikemukakan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

"Kita memang ada pelapis yang kita ketengahkan di Bahrain. Kita pasti ada pengganti Jamery Siga", ujarnya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Prema di pejabat Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) di kuala lumpur.

Sebelum ini Prepma telah menyertai beberapa kejohanan yang dianjurkan dalam usaha awal menggilap bakat dan prestasi atlet muda antaranya di kejohanan Sukan Para Remaja Asia (AYPG) Bahrain 2021 dan temasya Sukan Para Asean di Solo, Indonesia tahun lalu.

Jamery meraih pencapaian dua emas dan satu perak dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 bagi acara 50 meter kupu-kupu Lelaki dan 200 meter gaya bebas lelaki S5.

 


(Presiden Persatuan Renang Para Malaysia (PREMA),Datuk Seri Megat D Shahriman
Zaharuddin)

Media Baharu