fb fb fb fb fb

Serie A: AC Milan terlepas peluang kukuhkan kedudukan

MILAN, 15 Januari-Penyandang juara, AC Milan terpaksa berputih apabila sekadar seri 2-2 ketika menentang Lecce.

Keputusan tersebut memberi kelebihan buat Napoli menjarakkan kedudukan selaku pendahulu liga dengan sembilan mata.

AC Milan terlebih dahulu dikejutkan dengan dua gol Lecce hasil jaringan gol sendiri oleh Theo Hernandez dan tandukan cantik oleh Federico Baschirotto.

Perlawanan yang berlangsung di Stadio Via Del Mare itu menyaksikan anak-anak buah Stefano Pioli menampilkan semangat kental menentang Lecce yang mencatatkan dua kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Dua jaringan gol oleh Rafeal Leao dan Davide Calabria menyelamatkan maruah AC Milan sekaligus memberikan mata berharga buat pasukan itu dalam usaha mempertahankan 'Scudetto' yang dimenangi musim lalu.

Keputusan seri itu meletakkan AC Milan satu mata mengatasi Juventus yang tewas di tangan Napoli 5-1 Jumaat lalu.


(Para pemain AC Milan raikan gol penyamaan ketika menentang Lecce/FOTO AFP)

Media Baharu