KUALA LUMPUR, 15 Januari-Pasukan Yuzy Racing Team telah menjalin kerjasama dengan syarikat minyak pelincir tempatan, Estromo dalam misi menggenggam kejuaran pada Kejohanan Cub Prix Malaysia dan Asia Road Racing 2023.
Jelas pemilik pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, kerjasama itu adalah untuk tiga musim bermula 2023 hingga 2025.
" Kita telah mendapat nombor dua pada tahun 2019, tahun 2021 kita menjadi juara manakala tahun lepas kita menjadi naib juara. Insyaallah kita akan ke Asia Road Racing. Sasaran tahun ini kita akan memberi saingan sengit.Kita menyasarkan untuk menjadi juara", ujarnya kepada media selepas Majlis Perasmian Honda Yuzy Estromo Team di Bukit Kiara.
Bagi kelender 2023, Yuzy mempertaruh tiga pelumba muda yang menunggang jentera Honda yang diberi wajah baharu.
Pelumba berpengalaman, Azroy Hakeem Anuar akan mengetuai pasukan dengan dibantu Md Idlan Haqimi Raduan.
Selaku pemilik, Yuzy turut mengetengahkan anaknya sendiri Shahrol Syazras pada perlumbaan tahun ini.
(Pemilik pasukan Yuzy Racing Team, Shahrol Yuzy Ahmad)