fb fb fb fb fb

Ini merupakan persembahan terburuk Liverpool sejak 2015- Klopp

(FOTO AFP)

BRIGHTON, 15 Januari-Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan persembahan anak-anak buahnya ketika tewas kepada Brighton sebagai antara yang terburuk sejak dia menjadi pengurus di Anfield sejak 2015.

Bermain di hadapan penyokong lawan, Liverpool dimalukan dengan dua gol oleh Solly March pada minit ke-46 dan 53 separuh masa kedua sebelum Danny Welbeck menambah derita 'The Reds' dengan gol ketiga pada minit ke-81.

Persembahan tidak menentu Liverpool menjadi perhatian setelah tewas kepada Brentford 3-1 dan seri 2-2 dengan Wolves pada Piala FA menyaksikan mereka terselamat daripada tewas hasil keputusan kontroversi VAR.

Peluang The Reds yang menyasarkan kedudukan empat teratas kini semakin samar dengan kekalahan mengejut kepada Brighton.

"Teruk. Sangat teruk.Ia adalah perlawanan pasukan yang teratur menentang pasukan tidak terurus", ujar Klopp.

"Sangat kecewa persembahan hari ini. Kami membiarkan ruang dan tidak memberi tekanan kepada pihak lawan dan situasi ini tidak bagus terutamanya ketika menentang pasukan seperti Brighton. Mereka penuh keyakinan dan tidak seperti kami", tambah Klopp.

Klopp berkata dia telah cuba mengubah corak permainan Liverpool bagi mengelak persembahan buruk pasukan itu, namun menurutnya, para pemain gagal menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

"Saya mempunyai idea untuk mengubah formasi bagi membantu pasukan. Tetapi ia hanya sekadar idea. Kami tidak melakukannya dengan baik", kata pengurus yang berasal dari Jerman itu.

"Kami perlu lebih kreatif dengan pilihan yang ada. Apa yang saya lihat hari ini, Liverpool gagal", kata Klopp.

Musim lalu, Liverpool sekadar memenangi Piala FA dan Piala Liga menyaksikan kejuaraan Liga Perdana diraih Manchester City.



(Pemain Pertahanan Liverpool Ibrahima Konate, tertunduk layu selepas pasukannya
tewas 3-0 kepada Brighton/ FOTO AFP)

Media Baharu