fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Guardiola kecewa dengan keputusan VAR

MANCHESTER, 14 Januari-Pengurus Manchester City, Pep Guardiola kecewa dengan keputusan kontroversi VAR yang membenarkan gol Bruno Fernandes yang menyalakan kembali semangat pemain-pemain Manchester United bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 2-1 ke atas Manchester City semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu, Manchester City mendahului pada minit ke-60 melalui gol oleh Jack Grealish.

Tuan rumah, Manchester United kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-78 hasil jaringan oleh Bruno Fernandes.

Jaringan tersebut yang pada mulanya tidak dibenarkan kerana penyerang Manchester United, Marcus Rashford berada pada kedudukan 'Offside' namun dibenarkan pengadil selepas pemeriksaan VAR yang mendapati penyerang itutidak menyentuh bola sebelum Fernandes menjaringkan gol.

Keputusan itu mendatangkan kemarahan kepada Guardiola dan para pemain Manchester City yang mendakwa VAR tidak mengesan kehadiran Rashford yang dianggap membri gangguan kepada penjaga gol, Ederson.

Keputusan pengadil yang membenarkan gol kepada Manchester City nyata menyentap semangat dan fokus pasukan 'The Citizen' apabila Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82 sekaligus mengesahkan kemenangan skuad 'Red Devils'.

"Marcus Rashford berada dalam kedudukan offside. Manakala Bruno Fernandes tidak. Rashford mengganggu penjaga gol dan pertahanan tengah kami", tegas Guardiola pada sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu, pengurus Manchster United, Erik ten Hag berkata dia memahami perasaan kecewa yang dialami Guardiola disebabkan keputusan VAR itu.

"Saya melihatnya dari sudut berbeza. Ia sangat mengelirukan. Tetapi kalau mengikut peraturan Rashford tidak menyentuh bola tersebut dan dia tidak mengganggu. Gol tersebut adalah sah", kata ten Hag.

Pengurus berasal dari Belanda itu turut memuji semangat juang anak-anak buahnya yang berjaya menghasilkan kemenangan di luar dugaan.

" kami gembira dengan aksi pada separuh masa pertama perlawanan. Namun pada masa kedua, semuanya berubah. kami tidak proaktif. Ketika saya merancang ingin merubah strategi, mereka menjaringkan gol", ujarnya.

Pasukan Manchester United kini di kedudukan ketiga liga dibezakan hanya satu mata dengan Manchester City di tangga kedua liga.




(Pemain Manchester United, Bruno Fernandes meraikan gol penyamaan
ketika menentang Manchester City/FOTO AFP)

Media Baharu