fb fb fb fb fb

Polis Perancis tahan 101 penyokong Roma

Foto AFP

NICE, 24 Sept- Polis Perancis menahan 101 penyokong AS Roma di Nice, sebahagiannnya dengan senjata, sehari sebelum pasukan itu dijadualkan bertemu Nice dalam Liga Europa.

Menurut sumber wilayah tempatan, penyokong kelab Itali itu dilaporkan membawa kayu dan senjata jenis buku lima di sekitar pusat bandar di Riviera Perancis.

Lebih 400 pegawai polis dikerahkan untuk perlawanan peringkat kumpulan, esok.

“Sejak semalam, lebih 200 anggota, termasuk dua unit bergerak, dikerahkan di pusat bandar Nice untuk mencegah semua jenis kekacauan awam dan meneruskan penahanan individu atau ultras Roma,” katanya.

Pihak berkuasa tempatan telah melarang peminat Roma daripada berarak di bandar Nice bermula Selasa hingga Khamis. -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello