SEREMBAN, 24 Sept- Malaysia menyasarkan untuk memiliki pingat keseluruhan bagi temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA 2025) yang dijadual berlangsung di Thailand pada Disember.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sasaran itu berdasarkan cadangan daripada Nippon Sports Science University (NSSU).
Katanya, ia akan diumumkan dengan lebih terperinci pada November ini.
"Sasaran pingat Sukan SEA seperti kita umumkan adalah tidak lagi berdasarkan warna iaitu emas, perak dan gangsa, sebaliknya jumlah keseluruhannya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kejohanan Wushu Wanita Asean-China 2025 di sini.
Majlis perasmian disempurnakan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seramai 60 peserta dari seluruh negara ASEAN menyertai kejohanan itu yang berlangsung dari 21 hingga 26 September.