fb fb fb fb fb

Pochettino minta peminat Chelsea bersabar

(FOTO AFP)

LONDON, 21 Ogos - Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino meminta agar para peminat kelab berkenaan supaya bersabar dan 'percaya kepada proses' selepas pasukannya tumpas 3-1 kepada West Ham United pada Ahad.

Bekas pengurus Paris Saint Germain (PSG) itu mengambil cabaran besar di Stamford Bridge bagi mencuba corak permainan dan identiti baharu terhadap skuad yang mempunyai deretan pemain yang mahal.

Lapan pemain yang ditandatangani benilai sekitar £325 juta ketika pasukan tersebut berusaha memperbaiki kedudukan selepas hanya mampu menduduki tangga ke-12 musim lalu.

Salah seorang daripadanya, Moises Caicedo, yang rekod perpindahannya daripada Brighton memecahkan rekod liga, diberi peluang membuat penampilan pertama pada perlawanan menentang West Ham.

Namun, impak yang diberikannya gagal membolehkan Chelsea mencatatkan kemenangan.

Pada perlawanan berkenaan, rempuhan Caicedo terhadap Emerson pada saat-saat akhir permainan membolehkan Lucas Paquet menyempurnakan penalti bagi membolehkan West Ham menyumbat dua gol.

Chelsea hanya memenangi satu perlawanan daripada 14 perlawanan dan kini tewas pada empat perlawanan 'Darby' berturut-turut. Kekalahan itu tidak sedikit pun memberi tekanan kepada Pochettino.

"Itulah bola sepak. Kami memerlukan keseimbangan permainan yang betul.

"Saya fikir hari ini beberapa aksi pasukan tidak mengikut seperti apa yang dirancang dan menyebabkan kami tewas", katanya kepada Sky Sports.

"Keseluruhannya, ini adalah permainan yang sukar untuk diterangkan. Kami mempunyai semuanya, mencipta peluang. Tetapi kami tewas", kata Pochettino.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium London semalam, Chelsea terpaksa berputih mata selepas ditundukkan West Ham 3-1 hasil jaringan Nayef Agured pada minit ke-7, Michail Antonio minit ke-53 dan Lucas Paqueta minit ke-95. Manakala Chelsea mendapat gol saguhati pada minit ke-28 menerusi Carney Chukwuemeka.-REUTERS


(Pemain Chelsea kecewa pada aksi menentang West Ham semalam/FOTO AFP)

Media Baharu