fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kejayaan Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Perancis

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Kejayaan pasangan Pearly Tan-M. Thinaah mencipta sejarah apabila muncul beregu wanita pertama negara menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Perancis mendapat perhatian perdana menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi catatan di Facebook rasminya mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Beliau berkata kejayaan Pearly dan Thinaah menamatkan kemarau kejuaraan berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Kejayaan itu membuktikan sukan berupaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, selain menyatukan kaum.

Ia juga dapat meningkatkan semangat kekitaan yang menjadi asas Keluarga Malaysia.

Dalam perlawanan akhir semalam beregu utama negara itu menumbangkan pilihan keempat, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun yang juga juara dunia dua kali dengan kiraan 21-19, 18-21, 21-15.

(Datuk Seri Ismail Sabri berkata kejayaan Pearly-Thinaah menamatkan kemarau
kejuaraan berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia)

Media Baharu