fb fb fb fb fb

MAKAF cadang dapatkan khidmat jurulatih Eropah

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) bercadang mendapatkan khidmat jurulatih baharu dari Eropah dalam usaha memperbaiki pencapaian skuad kebangsaan pada temasya Sukan Asia 2023.

Menurut Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad, pihaknya telah mengenal pasti beberapa calon jurulatih dari Eropah, yang akan dilantik selepas mendapat persetujuan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Exco badan induk tersebut.

Jelas beliau, pemilihan jurulatih dari Eropah kerana kebanyakan pertandingan Persekutuan Karate Dunia (WKF) akan berlangsung di benua tersebut.

Ia menjimatkan masa perjalanan lebih 10 jam tidak termasuk transit ke negara lain dan beri keselesaan untuk atlet kita kerana tidak perlu pulang ke Malaysia di antara kejohanan yang beralngsung.

Atas faktor itu juga, MAKAF turut bercadang untuk menjadikan Turkiye sebagai pangkalan latihan atlet kebangsaan.

Datuk Nur Azmi turut memaklumkan, jurulatih yang bakal dilantik itu, dijangka memulakan tugas selepas Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 22 Januari tahun depan.

Skuad karate negara bakal menyertai Sukan SEA Kemboja dari 5 hingga 16 Mei dan Sukan Asia 2022 bermula 23 September hingga 8 Oktober 2023.

(Foto hiasan)

Media Baharu