fb fb fb fb fb

PM ucap 'Selamat maju jaya' kepada kontinjen paralimpik Malaysia

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kontinjen paralimpik yang akan berjuang menggalas tugas negara pada Sukan Paralimpik Paris 2024, yang membuka tirai secara rasmi semalam.

Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook hari ini berkata, “Masanya telah tiba untuk kita nyatakan sokongan kepada kontinjen Paralimpik Malaysia!.

“Selamat maju jaya buat semua atlet negara. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian di Paris!,” katanya dalam hantaran tersebut.

Malaysia menghantar 30 atlet daripada lapan jenis sukan untuk beraksi pada Sukan Paralimpik Paris 2024 yang akan berakhir 8 September ini.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh optimis kontinjen negara mampu membawa pulang empat pingat emas yang disasarkan untuk Sukan Paralimpik Paris 2024.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE