fb fb fb fb fb

Piala Super UEFA: Skuad 'The Citizen anggap gelaran sebagai kebangkitan di Eropah

(FOTO AFP)

PIRAEUS, 16 Ogos -Pemain tengah bertahan Manchester City, Rodri percaya memenangi Piala Super UEFA buat kali pertama mampu mengukuhkan semula nama pasukan berkenaan dalam peta bola sepak Eropah selepas mengakhiri penantian bagi menjulang Liga Juara pada Mei lalu.

"Esok, kami berpeluang bagi meletakkan semula pasukan Manchester City dalam peta Eropah. Itu yang kami mahu lakukan", kata Rodri yang pernah memenangi piala berkenaan pada 2018 ketika bersama Atletico Madrid.

"Kami sentiasa 'lapar' dan ingin memenangi trofi kejuaraan setiap pertandingan yang disertai", ujar Rodri lagi.

Skuad City yang terbang ke Greece bagi pertembungan final berkenaan kelihatan tempang tanpa kehadiran beberapa bintang seperti Kevin De Bryune yang terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan lutut, disamping Ruben Dias dan Bernardo Silva yang mengalami gegaran otak dan keletihan.

Sebelum ini, pengurus Manchester City, Pep Guardiola merungut tentang kekurangan masa bagi menyiapkan pasukan disamping jadual perlawanan padat yang terpaksa dihadapinya bagi musim ini dalam usaha mempertahankan kejuaraan 'trebel yang dimenangi musim lalu.

Namun Guardiola menyifatkan bermain dalam Piala Super sebagai satu penghormatan selepas menamatkan penantian selama 12 tahun untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara ketiga sebagai pengurus.


(Pengurus Manchester City, Pep Guardiola/FOTO AFP)

“Man City tidak pernah memenangi trofi (Piala Super UEFA) itu kerana anda perlu memenangi Liga Juara-Juara atau Liga Europa untuk berada di sini,” katanya.

"Jadi, ia satu penghormatan untuk bermain pertandingan ini dan kami meneruskannya", ujar Guardiola lagi.

Sementara itu, lawan Manchester City, Sevilla pula merekodkan kejuaraan ke-17 bagi merangkul Piala Liga Europa Mei lalu optimis mampu melakarkan kejutan pada final itu nanti.

Pengurusnya, Mendilibar menganggap pasukannya mampu melakukan keputusan di luar dugaan bagi menafikan peluang Manchester City.


(Pengurus Sevilla, Jose Luis Mendilibar/FOTO AFP)

"Kami datang ke sini untuk menang. Siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal terjadi.

"Ini adalah bola sepak, pasukan hebat juga mengalami hari-hari buruk mereka", ujar Mendilibar.-AFP

Media Baharu