fb fb fb fb fb

Pertahanan PSG, Diallo sertai Al-Arabi

(FOTO FB /fabrizioromanoherewego)

PARIS, 16 Ogos - Pemain pertahanan Paris Saint Germain (PSG), Abdou Diallo secar rasmi telah menyertai kelab Qatar, Al-Arabi menurut jurucakap kelab berkenaan pada Selasa.

Butiran kontrak dan perjanjian tidak didedahkan, namun menurut media Perancis, pemain berusia 27 tahun itu telah menandatangani perjanjian selama empat tahun dengan nilai perpindahan sebanyak 15 juta Euro atau (AS$16.35 juta).

"Saya akan sentiasa menjadi sebahagian daripada warga kelab (PSG) dan bersyukur kerana dapat memakai jersi kebanggaan kelab", kata Diallo menerusi satu kenyataan.

Diallo menyertai Liga Bintang Qatar selepas membuat penampilan sebanyak 75 perlawanan buat PSG dalam semua pertandingan selepas tiba dari Borrusia Dortmund pada 2019.

Pemain kelahiran Perancis itu sebelum ini dipinjamkan ke RB Leipzig tahun lepas dengan membuat 15 penampilan dan berjaya membantu kelab berkenaan menjuarai Piala Jerman-REUTERS


(Pemain pertahanan PSG, Abdou Diallo sertai kelab Qatar, Al-Arabi/FOTO
FBfabrizioromanoherewego)

Media Baharu