fb fb fb fb fb

Piala Dunia Wanita: Kerr disenaraikan dalam perlawanan menentang England

(FOTO FB FIFA)

SYDNEY, 16 Ogos – Kapten Australia Sam Kerr, yang bergelut dengan kecederaan betis akan membuat penampilan pertamanya dalam Piala Dunia Wanita pada perlawanan separuh akhir menentang England di Stadium Australia pada Rabu.

Penyerang itu yang juga penjaring gol terbanyak sepanjang zaman bersama Australia, bermain kira-kira 20 minit sebagai pemain gantian ketika pasukan itu menang ke atas Denmark pada pusingan 16 terbaik.

(Sam Kerr / FOTO REUTERS)

Kerr turut menjadi pemain gantian ketika Australia menang ke atas Perancis pada perlawanan suku akhir yang berakhir menerusi sepakan penalti.

Pemain tengah Australia, Emily van Egmond direhatkan bagi memberi laluan kepada Kerr, manakala Clare Polkinghorne akan menggantikan Alanna Kennedy yang cedera.

Sementara itu, Sarina Wiegman kekal dalam kesebelasan utama yang menang ke atas Colombia.-REUTERS

Media Baharu