fb fb fb fb fb

Piala AFF B-23: Elavarasan lengkapkan senarai akhir 23 pemain

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Bahang kehangatan Kejuaraan Bawah 23 tahun AFF 2023 kini mula dirasai.

Ketua Jurulatih skuad Harimau Muda, E. Elavarasan telah melengkapkan senarai akhir 23 pemain untuk aksi kejohanan yang akan berlangsung di Rayong, Thailand.

Menerusi senarai tersebut Elavarasan menggugurkan dua pemain daripada senarai 25 pemain terdahulu.

Pemain tersebut ialah Shafi Azswad Sapari dan Shahril Suparman.

Dalam masa sama Elavarasan turut memanggil Nik Umar Nik Azizi bagi mengantikan Ahmad Zikri Mohd Khalili yang terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan buku lali.

Skuad B-23 kebangsaan kini telah tiba di Thailand untuk memulakan saingan Kumpulan B menentang Indonesia di Stadium Rayong Provincial pada Jumaat ini.

Berdasarkan format kejohanan, Juara kumpulan dan naib juara kumpulan layak ke separuh akhir pada 24 Ogos.


(Skuad kebangsaan B-23 negara sedang menjalani latihan sebagai persiapan hadapi
kejohanan Piala AFF di Thailand/FOTO RTM)

Media Baharu