KUALA LUMPUR, 7 Mei - Selangor FC telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Liga Bolasepak Malaysia,MFL supaya mempertimbangkan cadangan menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih melibatkan pasukan itu dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini.
Aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia itu dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata permohonan untuk menunda perlawanan itu dibuat atas alasan faktor keselamatan.
"Hari ini Selangor FC membuat permohonan secara rasmi sekiranya pihak MFL dan juga JDT setuju untuk perlawanan Sumbangsih jumaat ini dapat diubah bukan dibatalkan atas dasar keselamatan", selepas melawat pemain sayap Selangor FC Faisal Halim di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Terdahulu, MFL memaklumkan aksi Sumbangsih bagi Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC akan kekal berlangsung Jumaat ini selepas timbul khabar angin aksi itu akan ditunda susulan insiden yang menimpa Faisal Halim, Ahad lepas.