FOTO AFP
CAMEROON, 4 Februari- Mesir mencipta sensasi apabila menempah slot ke saingan akhir kejohanan selepas menewaskan tuan rumah Cameroon menerusi penentuan penalti 3-1.
Ini bermakna Mesir bakal menentang Senegal pada aksi final yang dijadual berlangsung pada 7 Februari ini.
Dalam saingan separuh akhir hari ini, Mesir dan Cameroon masing-masing terikat tanpa jaringan sehingga tamat 120 minit permainan.
Situasi tersebut memaksa penenang ditentukan menerusi aksi penalti yang menyaksikan penjaga gol Mesir, Mohamed Abou Gabal muncul wira buat pasukannya.
Pada saingan akhir, Isnin ini bakal menyaksikan pertembungan dua bintang Liverpool iaitu Mohamad Salah yang kini bersama Mesir dan tonggak utama Senegal, Sadio Mane.
Perlawanan Isnin itu juga akan menjadi medan buat Mesir memburu gelaran kelapan kejohanan manakala Senegal masih mencari mahkota sulungnya. -AFP