fb fb fb fb fb

Piala Negara Afrika: Guinea tewaskan Gambia, peluang ke pusingan 16 terbaik

FOTO FB babagol.net

YAMOUSSOUKRO, 20 Januari - Jaringan tunggal oleh Aguibou Camara memberikan kemenangan Guinea ke atas Gambia, 1-0 pada perlawanan Kumpulan C pada Jumaat.

Kemenangan tersebut menghidupkan peluang Guinea bagi melangkah ke pusingan 16 terbaik kejohanan berkenaan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Charles Konan Banny itu, Guinea dilihat mempamerkan penguasaan permainan dan membuat beberapa percubaan berbahaya dan hampir-hampir memperolehi gol menerusi Mohamed Bayo, namun dinafikan oleh palang gol.

Guinea akhirnya berjaya mendapat gol kemenangan menerusi Aguibou Camara pada minit ke-69.

Kemenangan itu juga berjaya membalas dendam kekalahan Guinea kepada Gambia pada kejohanan sama pada 2021 apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Gambia dengan kemenangan 1-0.

Guinea kini menduduki tangga kedua Kumpulan C selepas memungut empat mata di belakang Senegal yang memperolehi enam mata hasil kemenangan menentang Gambia dan Cameroon.

Guine bakal bertemu Senegal pada perlawan terakhir kumpulan pada Selasa bagi menentukan juara kumpulan.

Sementara itu, Gambia pula perlu memenangi perlawanan terakhir menentang Cameroon bagi menghidupkan peluang bagi mara ke pusingan 16 terbaik.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD