DOHA, 20 Januari - Iran berjaya menempah tiket ke pusingan 16 terbaik selepas berjaya menewaskan Hong Kong 1-0 pada pertembungan Kumpulan C pada Jumaat.
Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa itu, Iran berjaya mendapatkan gol tunggal menerusi jaringan Mehdi Ghayedi pada minit ke-24.
Pada perlawanan berkenaan, pasukan Iran dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan deretan beberapa peluang keemasan bagi menjaringkan gol.
Namun, penyudah yang tumpul oleh barisan serangan Iran menggagalkan peluang bagi menambah jaringan.
Jurulatih Iran, Amir Ghalenoei dilihat kecewa dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya.
Kemenangan tersebut meletakkan Iran di tangga teratas Kumpulan C dengan enam mata mengatasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tangga kedua dan Palestin di tangga ketiga.
Sementara itu, Hong Kong pula berada di tangga tercorot kumpulan tanpa memungut sebarang mata.
Iran bakal bertemua UAE pada perlawan terakhir, manakala Hong Kong dijadualkan bertemu Palestin Khamis ini.-REUTERS