fb fb fb fb fb

Piala Laver : Gelanggang hitam ikonik sedia sambut bintang tenis dunia

FOTO REUTERS

SAN FRANCISCO, 16 September - Gelanggang hitam ikonik Piala Laver sudah bersedia untuk aksi di Chase Center, San Francisco, California, bermula Jumaat ini. Acara tahunan ini mempertemukan bintang-bintang tenis Eropah menentang pemain dari seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutig Piala Laver, Steve Zacks berkata, beraksi di Chase Center adalah impian ramai pemain.

Pasukan Eropah menampilkan Carlos Alcaraz, Alexander Zverev, Holger Rune, Casper Ruud, Jakub Mensik dan Flavio Cobolli, diketuai Yannick Noah dengan Tim Henman sebagai penolong kapten.

Pasukan Dunia pula dianggotai Taylor Fritz, Alex de Minaur, Francisco Cerundolo, Alex Michelsen, Joao Fonseca dan Reilly Opelka, diketuai Andre Agassi dengan Pat Rafter sebagai timbalan.

Jelas Zacks, kejohanan tersebut memberi peluang pemain untuk dibimbing oleh legenda tenis dunia. Alexander Zverev sudah memulakan latihan di gelanggang hitam pada Isnin, manakala pemain lain dijangka tiba hari ini. -REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE