fb fb fb fb fb

UCL jadi ujian pertama Thomas Frank bersama Tottenham Hotspur

Pengendali baharu Tottenham Hotspur, Thomas Frank / REUTERS

LONDON, 16 September - Thomas Frank bakal menghadapi cabaran sulung bersama Tottenham Hotspur apabila membuat penampilan pertama dalam Liga Juara UEFA menentang Villarreal awal pagi nanti.

Frank, yang sebelum ini membina reputasi cemerlang di Brentford, mengambil alih Spurs daripada Ange Postecoglou pada Jun lalu. Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menyifatkan pelantikan Frank “hanya soal masa” bagi seorang jurulatih berkaliber Eropah.

Postecoglou dipecat selepas Tottenham menamatkan musim Liga Perdana di tangga ke-17, namun kejayaan membawa kelab itu menjuarai Liga Europa secara tidak langsung membuka peluang Frank merasai pentas elit Eropah.

Spurs memulakan musim Liga Perdana dengan cemerlang, memenangi tiga daripada empat aksi awal termasuk kemenangan 2-0 ke atas Manchester City. Sebagai kapten, Cristian Romero, juara Piala Dunia dan berpengalaman luas di pentas Eropah, menjadi sandaran Frank menghadapi cabaran sulung Liga Juara-Juara.

Sebelum ini, pengalaman Eropah Frank terhad kepada membawa Brondby ke pusingan kelayakan Liga Europa. Aksi menentang Villarreal di laman sendiri bakal menjadi ujian besar buat pengendali Denmark itu. Romero kini semakin menyerlah di bawah kendalian Frank selepas masa depannya bersama kelab menjadi tanda tanya musim lalu.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE