fb fb fb fb fb

Peluncur ski Itali, Matteo Franzoso maut ketika latihan di Chile

Peluncur ski Itali, Matteo Franzoso

ROM, 16 September - Peluncur ski Itali, Matteo Franzoso, 25, disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi latihan di Chile hujung minggu lalu, menurut Persekutuan Sukan Musim Sejuk Itali (FISI) pada Isnin.

Franzoso dilaporkan terjatuh ketika menjalani latihan di trek La Parva pada Sabtu sebelum dibawa dengan helikopter ke sebuah klinik di Santiago. Beliau kemudian ditempatkan di unit rawatan rapi dan ditidurkan.

“Ia adalah tragedi buat keluarga dan juga sukan ini,” kata Presiden FISI, Flavio Roda dalam satu kenyataan.

“Peristiwa ini mengingatkan kita kepada kehilangan Matilde Lorenzi kurang setahun lalu. Adalah sangat penting untuk melakukan segala usaha bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.”

Pencapaian terbaik Franzoso di peringkat Piala Dunia ialah menduduki tempat ke-28 dalam acara super-G di Cortina d’Ampezzo, Itali pada 2023.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE