fb fb fb fb fb

Piala Ketua Menteri Melaka jadi medan cari bakat SUKMA

(FOTO HIASAN)

MELAKA, 10 Ogos-Kejohanan Sukan Piala Ketua Menteri Melaka akan diadakan pada 14 September depan .

Kejohanan tersebut bakal mempertandingkan sukan bola jaring, futsal, bola sepak, bola keranjang dan sepak takraw.

Menurut Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam, bagaiamanapun pihaknya akan menunggu pusingan pertama kejohanan tersebut diselesaikan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, johan peringkat DUN kemudian akan mara ke pusingan kedua kejohanan tersebut yang akan diselaraskan oleh pihak kerajaan negeri.

"Tarikh penganjuran saya biarkan JAPERUN putuskan.

"Namun, saya minta JAPERUN selesaikan semua permainan tahap pertama hujung bulan Ogos.

"Pusingan kedua akan dilangsungkan pada 14 September depan dan perlawanan akhir pada bulan Oktober", katanya selepas menjadi tetamu konti Melaka fm, Jalan Taming Sari.

Shanmugam turut berkata kejohanan berkenaan akan menjadi medan pencarian bakat baru yang bakal mewakili Melaka ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang bakal berlangsung di Sarawak.

Kira-kira 5,000 atlet dari semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka dijangka terbabit dalam saingan kompetitif berkenaan.


(Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, VP Shanmugam)

Media Baharu