fb fb fb fb fb

Liga Super: Perak teruskan momentum kemenangan

(FOTO MFL)

IPOH, 10 Ogos- Perak FC bangkit daripada prestasi buruk sebelum ini selepas menewaskan Penang FC 3-1 malam tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di stadium Ipoh itu, Skuad The Bos Gaurus dilihat mendominasi babak pertama sebaik sahaja perlawanan bermula.

Hasilnya, Perak FC berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-5 menerusi rembatan Luciano Guaycochea.

Gol tersebut membakar semangat anak-anak buah Yusri Che Lah bagi menambah jaringan.

Kali ini bekas pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal menceriakan penyokong tuan rumah apabila berjaya merembat masuk hantaran Seo Seonung untuk jaringan kedua Perak FC menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-23.

Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa kedua.

Bersambung babak kedua, Penang FC kembali menguasai permainan dan berjaya merapatkan jurang menerusi Alif Ikmalrizal yang merembat masuk hasil bola muntah oleh penjaga gol Perak FC, Shaheeswaran pada minit ke-74.

Tersentak dengan jaringan itu, Perak FC kembali melebarkan jurang dengan jaringan ketiga menerusi penyerang sensasi mereka, Seonung Seo pada minit ke-75 bagi menjadikan kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat permainan.

Kemenangan tersebut meletakkan skuad The Bos Gaurus di tangga ke-11 liga dengan 16 mata.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che Lah menyifatkan menyifatkan kemenangan tersebut penting bagi mengelak daripada terjerumus di zon penyingkiran.

Dalam pada itu, pengendali Penang FC, Chong Yee Fatt, kecewa dengan kekalahan pasukannya dan berharap skuad Harimau Kumbang mampu bangkit apabila menanti kunjungan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 22 Ogos ini.

"Kita sering membuat kesilapan sama dan ia menjejaskan perancangan yang telah diatur", katanya selepas ditemu pemberita RTM selepas perlawanan.


(Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah)

Media Baharu