fb fb fb fb fb

Harry Kane sertai Bayern Munich

(FOTO AFP)

LONDON, 11 Ogos - Tottenham Hotspur dilapor sudah mencapai persetujuan bersama Bayern Munich untuk melepaskan penyerangnya, Harry Kane.

Menurut media tempatan, pemain tersebut akan berlepas ke Jerman hari ini.

Rundingan antara kedua-dua pihak telah bersetuju dengan nilai perpindahan pemain itu yang mencecah £100 juta Pound Sterling

Bayern telah berusaha untuk mendapatkan khidmat Kane selama beberapa minggu.

Ia selepas mereka diberi jaminan secara peribadi pemain berusia 30 tahun itu akan berpindah ke Bavaria.

Difahamkan beberapa butiran kontrak dan kewangan antara Kane dan Spurs masih belum selesai.

Kapten England itu dilapor akan menerima gaji sekitar £400,000 Pound Sterling seminggu jika dia berhijrah ke Munich.


(Penyerang England, Harry Kane semakin hampir sertai Bayern Munich/FOTO AFP)

Media Baharu