fb fb fb fb fb

Rifdean, Chi Hui dinobat Olahragawan dan Olahragawati Perak

(FOTO BERNAMA)

IPOH, 11 Ogos -Juara Muaythai Dunia tiga kali, Mohamad Rifdean Masdor dan atlet berbasikal, Nyo Chi Hui dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati negeri Perak 2021/2022.

Anugerah disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Hotel Casuarina Meru, di sini pada Jumaat.

Mohd Rifdean, 21 tahun berjaya menjuarai Kejohanan Muaythai Dunia IFMA berturut-turut pada tahun 2021 di Thailand, diikuti pada tahun berikutnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan terbaharu pada Mei lalu di Bangkok, Thailand.

Manakala bagi Nyo Chi Hui pula, kejayaan membawa pulang pingat emas dan perak acara scratch race serta omnium dan team sprint dalam Asia Cycling Championship ACC 2022 membolehkannya dinobatkan gelaran Olahragawati.

Kedua-dua olahragawan dan olahragawati masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM7,000, blazer, trofi serta piala pusingan.

Sementara itu, pelari pecut negara Mohamad Azeem Mohamad Fahmi dan pemain tenis remaja, Shihomi Leong Li Xuan dinamajan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Harapan Negeri.

Masing-masing menerima hadiah berupa piala dan insentif bernilai RM3,000.


(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah
Olahragawan kepada Mohamad Rifdean Masdor/FOTO BERNAMA)

Media Baharu