KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mampu mencipta kejutan sekiranya dapat mengekalkan prestasi terbaik pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark.
Kejohanan itu dijadual berlangsung dari 21 hingga 27 Ogos ini.
Menurut ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Henderawan berkata anak didiknya itu mempunyai karakter tersendiri di gelanggang selain tidak mustahil bagi Tze Yong memberi cabaran kepada pemain lain.
Tze Yong, yang ketika ini menghuni ranking ke-22 dunia akan membuka tirai saingan menentang pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Zhao Jun Peng dari China.
Seandainya melepasi pusingan pertama, Tze Yong berkemungkinan bertemu pemain ranking ke-12 dunia, Anders Antonsen dari Denmark.
Pada penampilan sulung pemain berusia 23 tahun pada edisi lepas di Tokyo, tahun lalu, Tze Yong tersingkir di pusingan kedua menentang wakil Thailand, Sitthikom Thammasin 9-21, 21-10, 16-2.
(Pemain perseorangan badminton negara, Ng Tze Yong)