fb fb fb fb fb

Piala Jerman: Dortmund mara ke pusingan ketiga tewaskan Hoffenheim

FOTO REUTERS

DORTMUND, 2 November -Gol tunggal Marco Reus pada babak pertama membantu Borussia Dortmund 1-0 menewaskan Hoffenheim bagi melangkah ke pusingan ke-3 kejohanan.

Pada perlawanan yang diadakan di Signal Iduna Park, kedua-dua pasukan memperagakan perlawanan yang menghiburkan dengan deretan peluang yang gagal disempurnakan oleh pasukan pelawat, Hoffenheim.

Sebaliknya kesempatan tersebut dimanfaatkan oleh pasukan tuan rumah, Borussia Dortmund yang berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-43 menerusi Reus yang mendapat hantaran Jamie Bynoe-Gittens sebelum merembat masuk ke penjuru gawang Hoffenheim.

Hoffenheim terus dirundung malang selepas pemain pertahanannya, Ozan Kabak dilayangkan kad merah setelah mengutip kad kuning kedua pada penghujung perlawanan.

Sementara itu, pendahulu Bundesliga, Bayern Leverkusen turut lolos ke pusingan ketiga selepas menewaskan SV Sandhausen 5-2.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD