fb fb fb fb fb

Ons Jabeur dermakan wang kemenangan bantu rakyat Palestin

Pemain tenis wanita Tunisia, Ons Jabeur

CANCUN, 2 November- Pemain perseorangan tenis wanita Tunisia, Ons Jabeur berkata dia menderma sebahagian hadiah wang tunai kemenangan bagi membantu penduduk Palestin selepas meraih kemenangan pertamanya di Terbuka Cancun pada Rabu.

Bekas pemain nombor dua dunia itu berjaya membalas dendam terhadap Marketa Vondrousova yang menewaskannya pada final Wimbeldon baru-baru ini.

Jabeur menang 'straight set' 6-4, 6-3. Kemenangan tersebut melayakkannya ke separuh akhir pertandingan selepas tewas kepada Coco Gauff pada Isnin.

Pada sesi temubual selepas perlawanan, Jabeur kelihatan menangis apabila bercakap tentang konflik Gaza.

“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana sejak kebelakangan ini saya jarang merasainya.

"Situasi yang berlaku di dunia akhir-akhir ini membuatkan saya tidak gembira.

"Sesuatu yang menyedihkan melihat kanak-kanak dan bayi meninggal dunia setiap hari.

"Saya mengambil keputusan bagi mendermakan separuh wang kemenangan untuk membantu rakyat Palestin", kata finalis tiga kejuaraan Grand Slam itu.

"ini bukan mesej yang berbaur politik. Ini adalah kemanusiaan", tambah Jabeur.

Pemain berusia 29 tahun itu bakal menentang pendahulu kumpulan, Iga Swiatek pada perlawanan terakhir yang diadakan secara 'round robin' pada Jumaat-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD