fb fb fb fb fb

SOJC 2023: Malaysia tewaskan Afrika Selatan 3-2

FOTO RTM

JOHOR BAHARU, 3 November- Selepas tewas empat kali berturut-turut, Malaysia akhirnya mencatatkan kemenangan pertama pada kejohanan Piala Hoki Sultan Johor (SOJC) 2023 selepas, menewaskan Afrika Selatan 3-2, di Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru, Johor, petang tadi.

Keputusan itu menjadikan Skuad Young Tigers  menduduki tempat Ke-7 kejohanan berkenaan.

Pada perlawanan tersebut, Afrika Selatan memulakan perlawanan dengan langkah kanan, menjaringkan gol seawal minit ke-10, hasil pukulan Viwe Mbata.

Malaysia bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-12, hasil jaringan Nur Aqirullah, sebelum Osman Harris menambah gol Malaysia, pada minit ke-39.

Afrika Selatan kembali menyamakan kedudukan, selang sepuluh minit kemudian, hasil pukulan Cameron Le Forestier.

Berbaki empat minit sebelum wisel penamat, Kamal Mughni berjaya menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-56.

Sementara itu,Ketua Jurulatih Malaysia, Mohamad Amin Rahim berpuas hati dengan kesungguhan anak – anak buahnya yang bersemangat tinggi untuk menjaringkan gol, sepanjang perlawanan.

"Ruang untuk penambah baikan itu sentiasa ada. Kita akan lakukan post-mortem memperbaiki segala kelemahan yang ada", katanya yang ditemui seleps perlawanan.

Selepas menamatkan saingan SOJC di tempat ke tujuh, fokus skuad Young Tigers kini tertumpu kepada persiapan bagi Piala Dunia Hoki Junior, Disember ini, termasuk mendapatkan khidmat pakar dari luar negara, bagi menambah baik skil sudut penalti pasukan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD