fb fb fb fb fb

Piala FA : Selangor FC selangkah ke suku akhir, tundukkan MUFT 3-1

FOTO Selangor FC

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Selangor FC selangkah ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Malaysian University Football Team (MUFT) 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Skuad Gergasi Merah hanya memerlukan empat minit untuk membuka jaringan menerusi Muhammad Faisal Abdul Halim yang menyempurnakan hantaran Muhammad Aliff Izwan Yusof.

Pemain import Alvin Fortes menambah gol kedua pada minit ke-24 sebelum Faisal sekali lagi meledak untuk memastikan Selangor selesa mendahului 3-0 pada babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, skuad kendalian Katsuhito Kinoshita terus menguasai permainan namun gagal menambah jaringan susulan ketahanan pertahanan MUFT.

Gol sagu hati MUFT hadir pada minit ke-82 menerusi Aiman Danial yang menewaskan Samuel Somerville, sekali gus menafikan kemenangan bersih Selangor FC.-BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE