fb fb fb fb fb

Piala FA: Manchester United pamer aksi memberangsangkan

FOTO AFP

LONDON, 7 Januari- Manchester United gah ditempat sendiri dengan kemenangan 3-1 pada pusingan ketiga Piala FA England, malam tadi.

Ia sekali gus memberi tekanan buat pengendali pasukan Everton, Frank Lampard yang kini berdepan zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini selepas kalah 1-4 kepada Brighton sebelum ini.

Anak buah Erik ten Hag bermula baik dengan mendahului pada minit keempat melalui gol penyerang Brazil, Antony yang mendapat lorongan bola daripada Rashford.

Pun begitu ia tidak kekal lama selepas Conor Coady menyamakan kedudukan selepas penjaga gol United, David de Gea membuat kesilapan 10 minit berselang.

Gol Everton dirobek lagi, juga hasil sepakan Rashford yang ditampan masuk penjaring tunggal Everton.

Belum cukup dengan itu, Manchester United dihadiahkan sepakan penalti pada separuh masa kedua selepas Alejandro Garnacho dijatuhkan yang kemudian dengan mudah Rashford menyepak masuk bagi memastikan Manchester United terus mara ke pusingan seterusnya.

Skuad Red Devils yang kali terakhir memenangi Piala FA pada 2016, kini di kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris EPL.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu