fb fb fb fb fb

Esteban Solari, ketua jurulatih baharu JDT

Foto FB JDT

JOHOR BAHRU, 7 Januari- Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari berazam meneruskan dominasi Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia sekali gus
membawa pasukan ke tahap lebih baik tahun ini, berdasarkan reputasi cemerlang JDT tahun lalu.

Bekas pemain kebangsaan Argentina yang mengikat kontrak selama setahun dengan kelab itu berkata beliau bersedia mengulangi pencapaian JDT dan ia menjadi tanggungjawab besar untuknya mengekalkan prestasi tersebut.

Tugas berat menanti Esteban, namun beliau optimis dengan kemampuan JDT memiliki fasiliti lengkap dan himpunan pemain berkualiti.

Persediaan dilakukan awal, bagi membentuk pasukan mantap dalam berdepan cabaran liga musim ini.

"Kami fokus setiap hari, kami buat langkah demi langkah dan sudah pasti kami ada perancangan untuk memperbaiki fizikal, perubatan dan juga membaiki taktikal.

Kami tahu ini akan menjadi persaingan yang sengit kerana semua mahu mengalahkan JDT," kata Esteban kepada pemberita RTM semasa pengenalan jurulatih baharu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, hari ini.

Tugas pertama Esteban adalah dalam menentukan kesebelasan utama yang bakal beraksi pada perlawanan Piala Sumbangsih, bulan depan.


(Foto FB JDT)

Media Baharu