(Pemain Indonesia, Jordi Amat Maas (kiri) menanduk bola melepasi pemain Vietnam Pham Tuan Hai (kanan) semasa perlawanan bola sepak
separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Gelora Bung Karno di
Jakarta pada 6 Januari 2023/AFP)
JAKARTA, 7 Januari- Indonesia dan Vietnam terikat tanpa jaringan dalam pertembungan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mitsubishi Electric 2022 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan Indonesia mempunyai sedikit kelebihan untuk dibawa ke Vietnam pada aksi separuh akhir kedua.
Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong lawan, sedikit pun tidak memberi rasa gugup kepada Vietnam yang lebih banyak menyerang sejak permainan bermula.
Keadaan itu memaksa skuad Sang Garuda kendalian Shin Tae-Yong lebih banyak berharap pada serangan balas hingga tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua, Indonesia lebih banyak melancarkan serangan berbahaya mencipta enam percubaan ke kubu Vietnam.
Keampuhan benteng Vietnam dibarisi Bui Tien Dung dan Que Ngoc Hai bagaimanapun berjaya mengekang semua gerakan Indonesia untuk memastikan tiada jaringan terhasil sehingga tamat perlawanan.
Vietnam bakal menanti kunjungan Indonesia pada separuh akhir kedua yang dijadualkan berlangsung pada Isnin depan.
(Pemain Indonesia, Fachruddin Wahyudi Aryanto (kiri) berebut bola semasa perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022
di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada 6 Januari 2023/AFP)