fb fb fb fb fb

Piala FA: JDT tepati ramalan ke suku akhir

Foto Facebook johorsoutherntigers.com.my

JOHOR BAHARU, 16 Jun- Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menempah slot suku akhir Piala FA selepas mudah menewaskan Kelantan Darul Naim, 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Kemenangan dalam aksi pusingan 16 itu membolehkan JDT berada di landasan mempertahankan kejuaraan Piala FA.

Bagi Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio, semua pemain telah mempamerkan prestasi terbaik untuk membantu pasukan meraih kemenangan.

"Saya tidak suka untuk bercakap tentang peratus. Para pemain menunjukkan mereka ada peningkatan minggu ke minggu. Mempertingkatkan serangan, dinamik permainan.

"Hari ini mereka bermain baik.Walaupun cuaca panas, mereka tetap berlari sehingga tamat permainan. Kami bagus dan meningkat", kata Bidoglio di sini.

Selepas ini JDT dijadual berdepan pasukan semi-pro Liga A1, Malaysian University pada aksi suku akhir yang dijadual bermula hujung bulan ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD