fb fb fb fb fb

Piala FA : JDT baham Penang FC

(FOTO RTM)

ISKANDAR PUTERI, 29 Mei-Johor Darul Takzim meneruskan rekod tanpa kalah selepas menang ke atas Penang FC, 5-0 dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Penang FC yang bermain di gelanggang tuan rumah nyata gugup memulakan perlawanan.

Akibatnya, Penang FC dihukum dengan gol sendiri pada minit ke-32 oleh Ousmane Fane.

JDT sekali lagi mengambil kesempatan terhadap kelalaian pertahanan Penang FC dengan menjaringkan gol kedua menerusi Jordi Amat minit ke-37.

Kedudukan separuh masa pertama berakhir 2-0.

Bersambung babak kedua, JDT mendominasi permainan dengan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Penang FC.

Hasilnya, Arif Aiman berjaya menjaringkan gol ketiga perlawanan menerudi depakan penalti pada minit ke-48.

Derita Penang FC tidak berakhir di situ. JDT sekali lagi menjaringkan gol keempat menerusi pemain pertahanannya, Corbin Ong pada minit ke-57.

Syafiq Ahmad menambah gol kelima buat JDT pada minit akhir permainan menjadikan kedudukan 5-0.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari menyifatkan perlawanan menentang Penang FC dianggap sukar kerana para pemainnya tidak diberi peluang bagi melakukan hantaran tepat.

" Pada permulaan separuh masa pertama, agak sukar, kerana kami tidak dapat cari ruang untuk membuat hantaran, kemudian kami bermain di bahagian tepi.

"Kami berjaya hantar bola secara lintang, dan selepas gol pertama, kami berjaya bina momentum permainan", katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Pada perlawanan separuh akhir nanti, JDT bakal bertemu Selangor FC yang berjaya menenwaskan Negeri Sembilan FC (NFC) 3-1 pada satu lagi perlawanan suku akhir.


(FOTO RTM)

Media Baharu