fb fb fb fb fb

Penjaga gol PSG cedera parah

(FOTO AFP)

SEVILLE, 29 Mei-Penjaga gol simpanan Paris Saint Germain PSG Sergio Rico dilaporkan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika menunggan kuda, kata kelab berkenaan pada Sabtu.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu berada di bangku simpanan ketika PSG menjuarai liga Perancis pada Sabtu sebelum menuju ke Sepanyol.

Kejadian malang itu dilaporkan berlaku di El Rocio, Andalusia.

Ahli rombongan Rico memberitahu media Sepanyol, Rico telah ditendang kuda di bahagian tengkuknya.

"Dia berada dalam keadaan yang serius," kata jurucakap PSG manakala akhbar Sepanyol, Marca melaporkan dia dalam keadaan stabil.

Rico diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Seville's Virgen del Rocio dengan dia diberikan bantuan pernafasan, menurut saluran televisyen Canal Sur yang memetik sumber daripada pihak hospital.

"Terus kuat dan semoga cepat sembuh," tulis Sevilla yang menjadi kelab dia beraksi sebelum ini di laman Twitter mereka.

Rico yang dilahirkan di Sevilla memenangi dua gelaran Liga Europa dengan pasukan tempat kelahirannya itu sebelum dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Fulham pada 2019.

Penjaga gol itu kemudiannya berpindah ke PSG secara pinjaman pada 2019 sebelum memuktamadkan perpindahan secara tetap setahun kemudian.

Rico dipinjamkan daripada kelab Perancis itu ke Mallorca pada 2022 sebelum kembali ke PSG untuk kempen musim ini.-AFP

Dia membuat 24 penampilan buat PSG dan mempunyai satu kap bersama skuad kebangsaan Sepanyol. - AFP


(Penjaga gol PSG, Sergio Rico/FOTO AFP)

Media Baharu