fb fb fb fb fb

Mbappe pemain terbaik Perancis kali keempat

(FOTO AFP)

PARIS, 29 Mei-Pemain PSG, Kylian Mbappe sekali lagi diundi sebagai pemain terbaik Perancis buat kali keempat berturut-turut.

Kejayaan itu hadir selepas berjaya membantu kelabnya meraih kejuaraan liga buat kali ke-11.

Bintang Perancis itu berjaya menjaringkan28 gol musim ini dan meletakkanya sebagai penjaring terbanyak liga Perancis buat kali kelima berturut-turut.

"Memenangi pemain terbaik adalah sesuatu yang menakjubkan.

"Saya sentiasa ingin menang dan memahatkan nama dalam sejarah liga Perancis.

"Namun, saya tidak menjangkakan secepat ini, katanya ketika menerima anugerah.

Mbappe, telah menjaringkan 40 gol sepanjang kempen pernah menolak menyertai Real Madrid musim lalu dan telah memeterai kontrak selama tiga tahun lagi bersama PSG.

Sementara itu, Jurulatih kelab Lens, Frank Haise dpilih sebagai jurulatih terbaik selepas mebawa pasukannya menjadi naib juara liga Perancis sekali gus mara ke Liga Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Penjaga gol Lens, Brice Sambah pula dipilih sebagai penjaga gol terbaik, manakala rakan sepasukan Mbappe, Nuno Mendes dipilih sebagai pemain muda terbaik liga.

Pencapaian Mbappe sebagai pemain terbaik liga menjadikannya sebagai individu pertama yang memenangi anugerah berkenaan sebanyak empat kali mengatasi Zlatan Ibrahimovic yang mencipta rekod sebanyak tiga kali-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu