BARCELONA, 29 Mei-Di atas kertas pertembungan akhir Liga Eropa yang menemukan Sevilla dan Roma dianggap sebagai sesuatu yang biasa, namun tidak bagi kelab Sevilla.
Kelab yang digelar Andalucians itu mempunyai kelebihan berbanding Roma pada perlawanan yang bakal dilangsungkan di Budapest, Hungary.
Kelab berkenaan merupakan pemenang terbanyak dalam sejarah Liga Eropa dengan enam kali meninggalkan kelab-kelab gergasi Eropah lain seperti Inter Milan, Liverpool, Juventus dan Atletico Madrid yang menjulang kejuaraan sebanyak tiga kali.
Disebalik persembahan mengecewakan di La Liga musim ini, Sevilla memulakan langkah di Liga Eropa dengan menyingkirkan Manchester United dan Juventus bagi sampai ke final ketujuh pasukan itu.
Pemain veteran Sevilla, Jesus Navas menyifatkan Liga Eropa memberikan semangat dan kekuatan kepada rakan sepasukan bagi melakar kejayaan.
"Pertandingan Liga Eropa memberikan kami keseronokan yang membawa pasukan untuk pergi lebih jauh lagi.
" Saya fikir kami sentiasa melakukan perubahan pada setiap perlawanan yang dihadapi", kata Navas kepada UEFA minggu lalu.
Para pemain Sevilla menganggap final kali ini adalah sebagai membalas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong-penyokong setelah kempen mengecewakan pada saingan La Liga.
Sejak dinaikkan pangkat ke liga utama pada 2001, Sevilla tidak pernah menduduki tangga terbawah liga dan kini pasukan tersebut berada di tangga ke-11 berbaki satu perlawanan.
Sebelum ini pasukan tersebut berada dalam keadaan terumbang-ambing setelah pemecatan Ketua jurulatih, Julen Leptegui diikuti Jorge Sampaoli.
Kehadiran Jose Luis Mendilibar berjaya menstabilkan kedudukan pasukan berkenaan.
Penyerang sevilla, Rafa Mir berkata situasi getir yang dialami pasukan berkenaan mengukuhkan lagi kekuatan dan ikatan sepasukan.
"Kami adalah keluarga dan telah melalui kenangan buruk.
"Namun suku musim ini merupakan antara yang terbaik.
"Kini kami telah mara ke final. Sudah tentu kami ingin memenangi kejuaraan", katanya kepada DAZN pada Sabtu.-AFP
(Penyerang Sevilla, Rafa Mir pada satu aksi La Liga/ FOTO AFP)